PERPUSTAKAAN


Perpustakaan menawarkan kemudahan bagi penuntut membuat rujukan. Bahan bacaan perpustakaan ini merangkumi bahan rujukan bidang keagamaan, ilmu-ilmu Al-Quran, Bahasa Arab serta bacaan umum seperti novel. Di antara kepentingan perpustakaan ialah dapat memupuk amalan membaca serta mampu untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan dan penutut ITQSHHB sahaja.

Kemudahan ini membolehkan penuntut mengulang kaji pelajaran, mencari bahan rujukan dan menambah ilmu pengetahuan di samping menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan.  Antara perkhidmatan perpustakaan adalah seperti berikut:

-Menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
-Menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan bagi Koleksi Bahan Sekolah seperti kertas soalan peperiksaan;
-Menyediakan perkhidmatan pencarian bahan dan maklumat;
-Menyediakan perkhidmatan komputer dan wifi;
-Menyediakan Perkhidmatan Fotokopi



2023 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
PRIVACY POLICY   DISCLAIMER   TERM OF USE