šļø Rabu, 21 Ramadan 1447H / 11 Mac 2026M
š Musolla ITQSHHB
Program Ihya Ramadhan: Musabaqah Hafazan Al-Quran bagi Pelajar Peringkat Menengah.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengajian Al-Quran Menengah dan disertai oleh para pelajar peringkat menengah sebagai usaha menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh budaya menghafaz Al-Quran dalam kalangan pelajar.

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu 3 juzuk, 5 juzuk dan 10 juzuk, melibatkan penyertaan pelajar yang mewakili rumah-rumah Jannah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat, Yang Mulia Ustaz Pg. Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengetua ITQSHHB, seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Semoga program seperti ini terus melahirkan generasi huffaz yang berilmu dan berakhlak mulia.
