Bandar Seri Begawan, Selasa, 14 Muharram 1448H bersamaan 30 Jun 2026M.

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Al-Quran Kali Kedua bertempat di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis turut diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, intisari ayat, ucapan alu-aluan, tayangan video serta sesi pembentangan utama oleh para pembentang jemputan dari USIM dan UNISSA.

Penganjuran simposium ini dihasratkan dapat menjadi wadah perkongsian ilmu, memperkukuh pendidikan tahfiz Al-Quran, serta memperkasa pembangunan generasi Al-Quran di Negara Brunei Darussalam.