Sabtu, 11 April 2026M | 22 Syawal 1447H
Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri “Kampong Tahfiz Beraya” telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhuwah yang erat. Majlis ini menghimpunkan warga institut dalam meraikan Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim.
Antara pengisian utama sambutan ini ialah pengagihan sampul raya bertuah, penyampaian hadiah Peraduan Video Kreatif Raya, penyampaian Anugerah “Boboi Syawal” dan “Gegirl Syawal”, serta penyampaian hadiah Peraduan Kampong Raya Terbaik.
Semoga sambutan ini terus memperkukuh ukhuwah dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga institut.
