🗓️ Khamis, 22 Ramadhan 1447H / 12 Mac 2026M
📍 Musolla, Kampus Kekal ITQSHHB

Program diadakan bagi menyemarakkan keberkatan bulan Ramadhan dalam kalangan warga institut. Majlis diisikan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-42 tahun.

Kemuncak program ialah penyampaian sumbangan derma kepada para pelajar anak yatim dan sosio-ekonomi rendah sebagai tanda keprihatinan serta sokongan terhadap kebajikan mereka.

Pihak institut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Syarikat IT Protective Security Services (ITPSS) yang turut sama menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang dihulurkan mendapat ganjaran keberkatan dan memberi manfaat kepada pelajar yang menerima.