Bandar Seri Begawan, Rabu, 25 Rabiulakhir 1448H bersamaan 07 Oktober 2026M

Seramai 16 orang rombongan daripada Yayasan Pendidikan Islam Ar Rohmah Malang, Pesantren Hidayatullah Malang, Indonesia telah mengadakan lawatan ilmiah ke ITQSHHB. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Rully Cahyo Nufanto, Pengarah Ar Rohmah IIBS, bersama pegawai-pegawai yang lain.

Lawatan ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang pendidikan dan pengajian Al-Quran.