اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

🌟 JEMPUTAN HARI TERBUKA ITQSHHB🌟

Orang ramai adalah dijemput hadir ke Hari Terbuka Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena Pengambilan Pelajar Baharu Peringkat Menengah Tahun 7 Sesi Pengajian 2027M.

📅 Tarikh: Rabu & Khamis, 8 & 9 Julai 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi – 11.30 pagi
📍 Tempat: Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Spg. 175, KM2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan

Program ini terbuka kepada ibu bapa, penjaga dan anak-anak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pengajian di Institut Tahfiz, khususnya bagi kemasukan Tahun 7 sesi 2027M.

Antara pengisian yang disediakan:

✅ Taklimat & pameran Bahagian Pendaftaran Pelajar
✅ Aktiviti dan pameran daripada setiap jabatan pengajian
✅ Bazaar jualan
✅ Peluang bertanya terus mengenai pendaftaran, pembelajaran dan suasana pengajian di Institut Tahfiz

Bagi abiskita yang berhajat anak-anak mengikuti pengajian tahfiz, inilah peluang yang sesuai untuk datang melihat sendiri suasana pembelajaran, bertanya soalan, dan mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai kemasukan ke Institut.

Semoga kehadiran abiskita menjadi langkah awal ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

والله ولي التوفيق والهد