![]()
| Penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-46, pada 15hb. Julai 1992. |
![]() |
![]() |
|
Penubuhan
secara rasmi ITQSHHB telah dilancarkan pada hari Jumaat 08 Rejab 1413H
bersamaan 01 Januari 1993M, oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Pada hari pelancaran tersebut seramai 44 orang pelajar lelaki telah
diterima memulakan pengajian di kampus sementara Institut Tahfiz Al-Quran
Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Blok C12 dan C13, kompleks
perumahan Kampung Kiarong. Pada 01 Syaaban 1415 bersamaan 03 Januari
1995 seramai 14 orang pelajar perempuan telah memulakan pengajian di
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Blok C-3, perumahan
kerajaan kompleks perindustrian Beribi. |